BAGAIMANA
KANAK-KANAK MEMPELAJARI MATEMATIK
Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan.
Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek
tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis
semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi
hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan
fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa.
Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan
memperkembangkan keupayaan kognitifnya.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik
melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu
kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan
(matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan
(ordering). Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat
perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan
bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek
secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan
perkara sepanjang satu barisan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar
pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik
yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya.
Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.
TEORI PIAGET
Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaiman kanak-kanak belajar. Dari kajain dan permerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalaui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun), pra-operasi ( 2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal ( 11 tahun ke dewasa). Walau bagaimana, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.
Sebagai seorang
guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan
kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak
hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu,
alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep
matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti
kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea
antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatnnya penting untuk
perkembangan mental.
Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan
pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem
pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:
¯
Teorem Pembinaan
o
Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep,
prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti
yang konkrit.
¯
Teorem Tatatanda
o
Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan
kognitif murid tersebut.
¯
Teorem Kontras dan Variasi
o
Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai
supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.
¯
Teorem Perhubungan
o
Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan
dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.
Selain daripada
kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh
masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah
seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu.
Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.
TEORI
DIENES
¯ Prinsip Konstruktiviti
o
Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan
analisa yang logik.
¯ Prinsip Perubahan Perspeptual
o
Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan
konsep Matematik.
¯ Prinsip Dinamik
o Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep.
KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK
Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.
PENUTUP
Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk
memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk
membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya
kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan
berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan
guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan
kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.
Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya
dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep
konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan
matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk
mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar
tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui
sebelum ini.
Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
Burton, Leone (1999). Learning Mathematics: From
Hierarchies to Networks. London : Falmer Press.
Mohamad Daud Hamzah (1994). Perkembangan Kanak-kanak
dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Orton, Anthony & Wain, Geoffrey (1994). Issues in
Teaching Mathematics. New York:
Cassell Villiers House.
Shok Mee, Lee (1995). Murid dan Proses Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Soon Sang, Mok (1996) Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.